Monday, April 28, 2014

(5) PERANAN ILMU DALAM MEMBANGUN MASYARAKAT BERTAMADUN


 1) PENDAHULUAN
  
Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-‘Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu. Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali dalam Al-Qur’an melalui berbagai bentuk.
Orang yang berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui banyak ayat Al-Qur’an antaranya, Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”.  (Az-Zumar:9) Firman Allah S.W.T maksudnya: “Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269) Firman-Nya lagi maksudnya: “Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”.   (Al-Faatir:28)
Ilmu merupakan perkara yang paling penting kepada semua manusia. Jika kita kembali kepada sejarah Rasulullah S.A.W. surah pertama yang diturunkan kepada baginda adalah Surah Al-Alaq dimana ayat pertama yang bermaksud “Bacalah..”  Ayat ini menunjukkan bahawa Allah S.W.T telah memerintahkan hambanya agar menuntut ilmu dengan membaca.
Kewajipan menuntut ilmu ini dapat dinyatakan melalui sepotong Hadis yang bermaksud “Menuntut ilmu itu wajib ke atas semua muslim”. Dengan yang sedemikian, dapat kita simpulkan bahawa bidang pendidikan merupakan bidang yang penting dalam agama Islam, hinggakan terdapat sepotong Hadis yang berbunyi “Menuntut ilmu itu dari buaian hingga ke liang lahad”.
Ilmu merupakan satu cabang yang penting dalam sesebuah negara bagi melahirkan satu masyarakat yang berilmu serta bertamadun. Dengan adanya pendidikan, sesuatu masyarakat itu tidak akan dipandang rendah oleh masyarakat lain.  Ilmu juga dapat merubah kedudukan sesuatu masyarakat kepada yang lebih baik.
Sebelum kedatangan Islam, keadaan masyarakat Arab pada masa itu dilihat sebagai masyarakat yang kurang bertamadun. Keadaan masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut membentuk masyarakat tersebut menjadi kurang bertamadun. Pembunuhan bayi perempuan, arak, judi, serta bertelagah sesama bangsa menjadi kebiasaan mereka. Namun, setelah hadirnya cahaya Islam, dengan mementingkan penguasaan Ilmu, maka keadaan masyarakat Arab tersebut berubah menjadi satu masyarakat yang bertamadun dan digeruni oleh masyarakat lain.
Dalam Kerja Kursus ini, saya akan cuba menghuraikan serta menjelaskan mengenai pendidikan ilmu serta peranannya dalam membina masyarakat bertamadun.


    2           PENGERTIAN ILMU DAN PEMBAHAGIANNYA

Dari segi bahasa, ilmu berasal dari perkataan ‘Alima-Ya’lamu-‘Ilman yang bererti mengetahui. Ilmu adalah bentuk kalimah isim “Masdar ghoiru mim” yang bererti pengetahuan. Ilmu adalah cahaya Allah dan merupakan salah satu dari Asmaul husna. Jadi, orang yang berilmu, kedudukannya di hadapan Allah SWT lebih tinggi daripada orang yang tidak berilmu, seperti firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat 11,” Allah akan dan terus mengangkat (kedudukan) orang-orang yang beriman dari kamu sekalian dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa derajat”.
Secara bahasa adalah lawan dari Al Jahl (kebodohan): iaitu mengetahui sesuatu sesuai dengan keadaan yang sebenarnya dengan pengetahuan yang pasti.
Secara istilah dijelaskan oleh sebahagian ulama bahwa ilmu adalah ma’rifat (pengetahuan) sebagai lawan dari al jahl (ketidaktahuan). Menurut ulama yang lainnya ilmu itu lebih jelas dari apa yang diketahui.
Adapun ilmu yang  kita maksud adalah ilmu syar’i, ertinya adalah ilmu yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya berupa keterangan dan petunjuk. Maka ilmu yang  di dalamnya terkandung pujian dan sanjungan adalah ilmu wahyu iaitu ilmu yang diturunkan Allah saja. Nabi Shalallahu ‘Alaihi wa Salam bersabda :” Barang siapa orang yang dikehendaki kebaikan oleh Allah  maka Allah akan menjadikan dia faham tentang agamanya.”Dalam hadis lainnya beliau bersabda :” Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham, hanyalah yang mereka wariskan adalah ilmu , maka baranga siapa yang telah mengambil ilmu maka dia telah mengambil kebaikan yang banyak.”
Satu hal yang sudah kita ma’lumi bahwa yang diwariskan oleh para nabi hanyalah ilmu tentang syariat Allah Azza Wajalla dan bukan yang lainnya. Maka para nabi tidaklah mewariskan ilmu teknologi kepada manusia atau yang berkaitan dengannya.
Dengan demikian maka ilmu syar’i adalah ilmu yang di dalamnya terkandung pujian dan sanjungan bagi para pemiliknya, akan tetapi sekalipun demikian saya tidak mengingkari bahawa ilmu yang lainnya pun mengandung faedah, akan tetapi  faedah itu memiliki dua batasan. Bila dia bisa membantu dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah dan membela agama-Nya dan bermanfaat bagi manusia maka ilmu itu merupakan ilmu yang baik. Terkadang mempelajarinya menjadi wajib dalam kondisi tertentu apabila hal itu termasuk dalam firman Allah : Dan hendaklah kalian mempersiapkan kekuatan dalam menghadapi mereka semampu kalian berupa pasukan berkuda….. “ (Al Anfal : 60).
Banyak ulama yang menerangkan bahwa mempelajari teknologi merupakan fardhu kifayah, hal itu disebabkan karena manusia pasti mempunyai peralatan memasak, minum dan yang lainnya yang bermanfaat bagi mereka. Maka apabila tidak ada orang yang menggarap industri di bidamg ini maka mempelajarinya jadi fardhu kifayah. Ini adalah materi yang diperdebatkan oleh para ulama. Sekalipun demikian maka saya ingin katakan bahwa ilmu yang di dalamnya terkandung  pujian dan sanjungan adalah ilmu syar’i yang merupakan pemahaman tentang kitab Allah dan sunnah Rasul Shalallahu ‘Alaihi wa Salam, adapun ilmu selain itu  bisa menjadi alat kebaikan atau alat kejelekan,maka hukumnya sesuai dengan pemanfaatannya.
Selain itu, terdapat beberapa pebahagian ilmu menurut beberapa cendiakawan agung:
        Al-Kindi membuat pembahagian ilmu kepada dua, iaitu ilmu berkaitan teori, tabi’ie matematik dan metafizik, dan ilmu yang bersangkutan dengan praktikal, akhlak, sains rumahtangga dan perancangan Bandar.
        Ibn Khaldun, meletakkan ilmu berkaitan dengan naqli, al-Quran, tafsir, Hadith, nasikh dan mansukh, sanad, ilmu kalam, tasauf dan lain-lain dalam satu disiplin.
        Sementara ilmu ‘aqli, matematik, algebra, muamalah, faraid, kejuruteraan, sains gunaan, perubatan dan lain-lain diletakkan dalam satu disiplin yang lain.
        Ilmuan Islam, dua aspek utama pembahagian ilmu Islam iaitu ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.
        Ilmu fardhu ‘ain ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap umat Islam, lelaki dan wanita, iaitu ilmu yang berkaitan dengan aqidah, syarak dan akhlak.
        Ilmu fardhu kifayah ialah ilmu yang mewajibkan penuntutannya kepada golongan yang tertentu sahaja.



3          PERANAN ILMU DALAM MEMBANGUN MASYARAKAT   
            BERTAMADUN

Allah Taala berfirman;“Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami),maka cubalah kamu menembus keluar.Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami)”ar-Rahman (55:33).
Allah Taala mengisyaratkan secara jelas kepada kita melalui lafaz “sultan” dalam ayat di atas memberi erti “kekuasaan”,bahawa penguasaan ilmu adalah asset yang paling bernilai dan utama bagi menguasai sesuatu bidang kehidupan di dunia ini.Secara tidak langsung,ia juga mengisyaratkan akan ilmu pengetahuan adalah faktor yang terkuat dalam menjadi perisai paling ampuh dalam diri manusia.
Islam menggalakkan umatnya supaya mempelajari dan menuntut ilmu pengetahuan dalam pelbagai lapangan dan bidang kerana ilmu memainkan peranan yang cukup penting dalam menentukan nilai sesuatu tamadun. Jatuh bangun sesebuah tamadun bergantung kuat pada dahan kebijaksanaan pengasas dan pengikutnya dalam menentukan hala tuju seni bina tamadun tersebut.
Nabi pernah bersabda;“Menuntut ilmu itu menjadi kewajipan kepada setiap orang Islam”(Hadith riwayat Muslim). Selain itu Islam telah menggariskan ilmu sebagai neraca timbang dan batu ukur bagi menentukan jalan yang harus dipilih untuk menuju kebahagian di dunia dan di akhirat. Kecemerlangan ilmu juga memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan nilai-nilai keperibadian seseorang individu yang mana akhirnya mengangkat taraf kehidupan masyarakat dan menjulang nama sesuatu bangsa,negara dan umat Islam secara umumnya.
Perlu diingat bahawa keagungan ilmu mengikut pandangan Islam dalam terokaan sejarah kebangkitan tamadun Islam semenjak zaman Baginda S.A.W dipandu oleh al-Quran dan Sunah Baginda Nabi S.A.W. bagi mencapai suatu tahap keilmuan cemerlang, dan terbilang bagi meneruskan kesinambungan dan tuntutan agama sepertimana yang disarankan supaya mempunyai sifat ikhlas, terbuka dalam menimba ilmu, dan bersedia berkongsi ilmu dalam memberi pandangan serta bersedia berlapang dada menerima pandangan orang lain.
Jika kita ingin mengembalikan sejarah keagungan umat Islam dalam sejarah zaman lampau, maka kita pada hari ini perlulah menguasai kepelbagaian ilmu. Ilmu-ilmu agama menjadi penyuluh hati, manakala ilmu-ilmu moden pula menjadi cahaya yang lahir dari ketakwaan hati yang disuluh dan pencerah minda yang berjaya mencanang segala bentuk strategi dalam menghadapi musuh-musuh agama.
Empayar islam di Andalusia yang diterokai oleh Khalifah Abdul Rahman ad Dakhili yang mula merangkap masuk ke bumi Andalusia pada tahun 755M adalah sebaik-baik contoh kebangkitan tamadun Islam dan ketinggian pusat kajian ilmu-ilmu Islam dalam pelbagai bidang. Pada zaman ini menjadi bukti hasil kebangkitan tamadun Islam yang gemilang itu, apabila telah berjaya melahirkan ramai sainstis dan pakar-pakar dalam penyelidikan, serta penemuan-penemuan di dalam pelbagai bidang bertaraf kelas pertama lagi berprestij seperti perubatan,  botani, geografi, fizik, kimia, pembedahan, ahli matematik dan sebagainya.
Sebagai contoh, al-Khawarizmi (770-840M) seorang tokoh ahli kaji bintang (astronomi) yang paling terkenal di dunia Islam ketika zaman kegemilangan beliau. Kemampuan tahap penguasaan ilmunya adalah tinggi dan berjaya meninggalkan karya-karya teragung dalam ilmu falak dan manusia pertama yang berjaya menentukan ukuran dan bentuk bulatan (sfera) bumi.
Ketemadunan yang telah terbina di bumi Andalus tersebut meninggalkan kesan teramat hebat, unik dan teliti susunannya. Ini semua dapat dilihat kebenarannya apabila kita meninjau jauh pada kesan-kesan tapak peninggalan sejarah yang terdapat pada hampir semua bangunan-bangunan lama yang masih kukuh berdiri seperti Istana el Hamra di Cardova.Lambang seni bina dan seni ukir yang halus pada zaman itu yang masih lagi utuh dan jelas serta membuktikan, pernah berlangsungnya suatu tamadun yang cukup hebat dan amat dihormati. Ini menunjukkan bahawa Islam tidak melarang umatnya menguasai ilmu moden khususnya ilmu sains dan teknologi.
Secara umumnya peranan ilmu dalam membangun masyarakat yang bertamadun amatlah penting kerana tanpa ilmu, sesuatu masyarakat itu akan menjadi mundur dan ketinggalan. Di antara peranan ilmu adalah seperti berikut: 

Pertama : Ilmu sebagai Asas Kemakmuran.

 Manusia dipilih oleh Allah S.W.T menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Khalifah yang bertanggungjawab mentadbir di dunia ini sebagaimana yang telah diterapkan oleh Khaliqnya  (penciptanya), khalifah yang bertanggung jawab memakmurkan di dunia dengan kemajuan di dalam segenap bidang. Semua ini tidak mungkin akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin melainkan dengan mendalami ilmu.
Dengan adanya ilmu, hidup manusia akan menjadi lebih teratur. Jika kita imbas kembali sejarah Islam di mana, setelah hadirnya Islam yang mementingkan ilmu pengetahuan telah mengubah mentaliti masyarakat Arab ketika itu. Kehidupan mereka semakin aman dan tiada pertelingkahan. Dengan adanya ilmu pengetahuan, mereka menjadi masyarakat yang bertamadun, serta digeruni oleh masyarakat lain.

Kedua : Ilmu sebagai pembina Aqidah / Keimanan.

       Walau setinggi manapun ilmu seseorang di dalam hal-hal dunia, walaupun dia mempunyai beberapa ijazah Ph.D, walaupun dia mampu mencipta roket menembusi angkasa lepas, namun segalanya itu tidak berguna selagi ia tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk mengenali Tuhannya, ilmu yang dapat membina aqidah yang betul yang yang dapat menjamin kebahagiaannya di dunia dan akhirat. Proses pembinaan yang bermula di Mekah berjaya membentuk asas masyarakat Islam supaya terus maju dan  menjadi asas kepada pembinaan tamadun Islam yang cemerlang di Kota Madinah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
1) “Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, menyakini bahwasanya Al-Quran itulah yang hak dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepada nya dan sesungguhnya Allah S.W.T adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan lurus”
(Surah al-Haj, ayat 54)
 Maka peranan ilmu sebagai pembina aqidah atau keimanan yang betul merangkumi beberapa aspek iaitu : 
1) Satu-satunya sumber ilmu yang boleh membawa manusia kepada aqidah yang sahih adalah melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya segala perkara ghaibiah seperti Allah sendiri, malaikatnya, syurga, neraka, peristiwa-peristiwa di akhir zaman dan yang seumpamanya adalah di luar bidang kuasa pemikiran akal manusia. Sabda Rasulullah s.a.w : Aku telah meninggalkan kepada kamu dua perkara tidak akan sesat kamu selepasnya, kitab Allah S.W.T dan Sunnahku. Hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. Hadis ini dengan jelas telah menunjukkan bahawa sumber yang dapat menjamin manusia dari kesesatan hanyalah Al-Quran dan As-Sunah.
  Oleh yang demikian, dengan adanya ilmu yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah ini, manusia tidak akan sesat. Hal ini kerana Al-Quran merupakan sumber ilmu yang utama, samada bagi perkara yang telah berlaku atau yang akan berlaku. Tamadun manusia juga dibina atas ilmu daripada Al-Quran dan Sunnah. Sekiranya kita tinjau kembali, kebanyakan alim ulamak dahulu datang daripada orang Islam sendiri. Mereka telah berjaya mencipta pelbagai teori samada dari segi kejuruteraan, kedoktoran dan lain-lain lagi.
2) Ilmu juga diperlukan di dalam usaha untuk menolak segala bentuk khurafat. Mempercayai benda-benda khurafat boleh menjejaskan aqidah dan boleh membawa kepada syirik kepada Allah S.W.T.  Syirik inilah yang menjadikan sesuatu masyarakat itu mundur kerana terlalu taasub terhadap perkara-perkara khurafat. Dengan adanya ilmu, manusia dapat berfikir secara rasional dan menimbang baik buruk sesuatu perbuatan lantas merubah keadaan mereka menjadi lebih baik.                                                                                           
Ketiga : Ilmu Sebagai Petunjuk Ke Arah Amalan Yang Betul

         Iman Bukhari telah menamakan salah satu bab di dalam kitabnya sebagai : “Bab ilmu sebelum perkataan dan amalan”. Apa yang di maksudkan di sini ialah ilmu memainkan peranan yang penting demi menjamin kesahihan amalan dan ianya diterima oleh Allah S.W.T.
Telah Berkata umar bin Abdul Aziz : Sesiapa yang membuat amal tanpa ilmu sesungguhnya apa yang dirosakkan lebih banyak dari apa yang dibaiki.
 Ini semua menunjukkan bahawa hanya ilmu sahajalah yang dapat membetulkan amalan seseorang sebagaimana yang dituntut oleh Syariah. Perlu diingat bahawa amalan yang dimaksudkan di sini bukan hanya yang bersangkutan dengan amal ibadat peribadi seorang hamba kepada Allah S.W.T, tetapi ia bersangkutan dengan segala amalan di adalam kehidupan seharian, baik di bidang perniagaan, pembelajaran, sukan, penyiaran dan sebagainya, bagi menjamin semuanya itu diterima dan diredhai Allah S.W.T, dikira sebagai ibadah dan mendapat ganjaran daripadaNya. Segala amalan yang dilakukan akan menjurus ke arah yang betul. Sebagai contoh, dengan adanya ilmu, masyarakat arab tidak lagi membunuh anak perempuan hidup-hidup kerana mereka telah mengetahui bahawa kepercayaan mereka terhadap perkara karut itu adalah salah dan perlu kepada perubahan.
Begitu juga dalam bidang perniagaan, dimana masyarakat yang berilmu akan sentiasa berada di hadapan mengatasi masyarakat-masyarakat yang lain. Mereka sudah pandai menjalankan perniagaan sehingga ke pelusuk dunia. Sepertimana yang kita ketahui, dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka, antara saudagar yang paling banyak bertandang ke Melaka adalah saudagar daripada negara-negara Arab. Ini menunjukkan bahawa penguasaan ilmu itu amatlah penting dalam membangun masyarakat yang bertamadun.

Keempat: Ilmu sebagai Pembina Akhlak

        Salah satu peranan ilmu yang penting ialah untuk membina akhlak terpuji dan membimbing manusia  ke arah jalan tarbiyah yang betul. Akhlak yang baik akan melahirkan masyarakat yang bersikap terpuji. Akhlak yang baik juga melahirkan masyarakat yang bertamadun.


      4            KESAN-KESAN NEGATIF DARI PERSPEKTIF ISLAM
                    TERHADAP MASYARAKAT YANG TIDAK BERILMU
 
 Kata Dr.Aidh Al-Qarni, "Kehidupan seorang penuntut ilmu bagaikan sebuah kebun, di dalamnya terdapat berbagai macam pohon, bunga, buah-buahan dan sungai yang selalu mengalir. Adapun kehidupan seorang yang bodoh dan tidak mahu belajar bagaikan padang pasir yang gersang, panas dan menakutkan". Padang pasir yang gersang tidak dapat menghasilkan apa-apa. la mengeluarkan bahang panas dan sang serigala pun sukar hidup di sana. Itulah ibarat orang tidak dapat menguasai ilmu yang berguna.
Kiasan yang dikemukakan oleh Dr. Aidh Al-Qarni di dalam bukunya, "Cahaya Agama" (Hakadza Haddastanaz-Zamaan), cukup indah dan tepat tatkala beliau membicarakan perihal penuntut yang rajin belajar (dan mendapat ilmu) dengan penuntut yang malas belajar (dan tidak mendapat ilmu). Sukar sekali mereka itu untuk meningkatkan diri sendiri apa lagi untuk membangun masyarakat dan negara. Sebaliknya orang yang berilmu dan memanfaatkan ilmu bakal memakmurkan alam seluruhnya.
Allah menggambarkan orang yang mempunyai ilmu dengan yang tidak seperti orang yang buta dan orang yang melihat. Dalam Qur’an surat Al Fathir ayat 19 – 22 Allah berfirman: “dan tidaklah sama oang yang buta dengan orang yang melihat. Dan tidak (pula) sama gelap gelita dengan cahaya. Dan tidak (pula) sama yang teduh dengan yang panas. dan tidak (pula) sama orang yang hidup dengan orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendakiNya dan kamu sekali kali tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam kubur dapat mendengar.”
Demikian Allah menggambarkan orang yang tahu mengenai ilmu agama dengan orang yang tidak tahu. Itulah sebabnya kita harus mengkaji ilmu agama agar termasuk kedalam orang orang yang medapat petunjuk. Maka dari itu, mengkaji agama hukumnya wajib bagi setiap muslim, dan yang pasti yang kita kaji adalah Al Qur’an dan as Sunnah.
Masyarakat yang tidak berilmu akan menyebabkan runtuhnya sesebuah negara. hal ini kerana, tanpa ilmu, negara akan menjadi mundur, masyarakat akan hidup dalam zaman kegelapan kerana ilmu itu adalah cahaya, cahaya yang menyuluh kepada kegelapan. Oleh yang demikian, maka islam mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu. Selain itu, masyarakat yang tidak berilmu juga akan mudah ditipu oleh masyarakat lain. Sebagaimana yang kita ketahui, musuh kita disebelah barat senantiasa menintip kelemahan-kelemahan umat islam dan menunggu masa untuk menghancurkan kita.
Dalam era globalisasi ini kita dapat lihat betapa masyarakat bukan islam telah maju ke hadapan dalam memiliki ilmu pengetahuan. Mereka telah berjaya menemui inovasi baru serta kejuruteraan yang hebat yang mampu mengalahkan umat Islam. Itu adalah hakikat yang perlu diterima dan disedari oleh setiap umat Islam.
Masyarakat yang tidak berilmu juga akan sentiasa dipandang rendah oleh masyarakat lain. Mereka tidak akan dihormati, dan akan dipandang hina kerana ketiadaan ilmu pada mereka. Demikianlah sebagaimana Allah menerangkan beza antara orang yang berilmu dan tidak berilmu, kerana orang yang berilmu akan berada pada darjat yang tinggi, sedangkan orang yang tidak berilmu akan berada pada darjat yang rendah.

     6            PENUTUP





Lihatlah betapa tabah dan cerdik para cendikiawan dan para ilmuan Islam dalam mencernakan ilmu yang dipelajari untuk dicanang dalam kehidupan seharian, dengan berjaya mencipta pelbagai kemudahan untuk kegunaan manusia pada zaman tersebut. Betapa cekal dan sabar mereka melakukan ulangan serta kajian berterusan sehingga beratus-ratus kali percubaan eksperimen, dan tidak berputus asa walaupun ada kalanya mereka terpaksa menerima hakikat yang sedikit mengecewakan di akhir perjalanan.
Namun bagaimana pula kita melihat kesungguhan mahasiswa pada zaman ini,adakah sama dengan apa yang telah dipertontonkan oleh mereka? Jentik hati tanya iman.
Justeru itu, semangat dan perjuangan perlulah dimulakan pada saat ini. Terutama dikalangan para ilmuan, di mana mereka tidak perlu alpa, dan leka serta membuang masa dengan hanya berpeluk tubuh bagaikan ‘orang tidur disorokan bantal’ tanpa perlu berusaha mencari kelainan dalam memahatkan sejarah pada catatan diri sendiri yang bisa menjadi sebutan masyarakat disekeliling.
Umat Islam perlulah berhenti menyalahkan orang lain sepanjang hidup mereka. Sikap inilah yang akan melemahkan kekuatan umat Islam itu sendiri serta membatutkan usaha-usaha untuk membangunkan kembali ketamadunan silam. Kerana sikap inilah juga akan mencetuskan perpecahan sesama mereka dengan berlaku perkara-perkara yang merugikan keseluruhan umat Islam. Inilah usaha-usaha yang telah ditabur oleh barat yang dirancang secara terperinci, halus dan rapi untuk melihat Islam terus ketinggalan dan luput dari sejarah kegemilangan terdahulu. Maka hendaklah umat Islam itu berubah secara keseluruhan dan sedar dari lamunan yang berpanjangan, dengan bangkit memberi sumbangan sosial, tenaga, buah fikiran, dan berkorban dalam satu barisan serta menggembleng arah tuju yang sama lagi mantap. Jalan-jalan inilah yang akan menyelamatkan mereka dari terjatuh ke dalam lubang-lubang kehinaan dan kemunduran yang telah diciptakan oleh pihak barat.
Sejak kejatuhan pemerintahan Kerajaan Islam Uthmaniah secara rasminya kepada rejim yahudi Mustapha Kamal Attartuk pada tahun 1924M sehinggalah kini,bermakna sudah hampir 87 tahun umat Islam kehilangan arah tuju dalam erti kata yang sebenar, dan masih lagi di dalam kerabaan malam yang bersuluh malap mencari jalan pulang. ”Bagaikan hilang tempat berpaut”,  suatu ungkapan bidalan yang cukup sinonim dengan situasi sekarang, sesuai menggambarkan keadaan umat Islam selepas keruntuhan sistem pemerintahan terakhir umat Islam sejak dari zaman pemerintahan agung Baginda Nabi Muhammad saw. Dalam kejatuhan yang tiada berpenghujung, pihak barat telah mengaburi umat Islam dengan pelbagai usaha dan dakyah dalam usaha untuk memesongkan cara berfikir umat Islam,dan yang lebih jauh lagi memesongkan akidah yang tulen dengan menyogok fahaman sekular yang berkonsepkan pemisahan agama dari urusan kehidupan dan pemerintahan. Maka jelaslah, pihak barat telah berjaya memisahkan kebanyakan umat Islam dari mempunyai minat dan kesungguhan di dalam menguasai ilmu-ilmu Islam, sains dan teknologi.
Menghadapi cabaran barat seharusnya menjadi agenda utama umat Islam disamping tidak meninggalkan perkara-perkara penting yang lain. Bersatu di bawah satu matlamat bagi mendaulatkan Islam di bawah satu panji berlatarbelakangkan konsep Islamiah dalam kehidupan. Umat Islam perlu memperkasakan diri mereka dengan kepelbagaian ilmu dan kebolehan terutama yang berkait rapat dengan jalur lebar teknologi, penyiaran, bidang kejuruteraan, sains, biologi, bio-kimia, angkasa lepas (astronomi), dan sebagainya. Tanpa mengalpakan ilmu-ilmu yang lain yang terlebih utama, seperti ilmu-ilmu fardhu ain dan segala macam ilmu dalam agama yang berkaitan Fekah, Tafsir, Hadith, Bahasa Arab, dan sebagainya. Dengan peranan ilmu inilah yang akan menjadi pelita sebagai garis panduan kita menuju Allah Taala.





MEDIA CETAK

Ghazali Darusalam. (1996). Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur :Utusan Publications & Distributors sdn bhd.
Khoo Khay Kim, Mohd Fadzil Othman, Abdullah Zakaria, Adam Amat dan Nik Abdul Aziz Nik Hassan. (1980).  Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia.
Ismail Hamid. (1985) Peradaban Melayu dan Islam. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Pahrol Mohmad Juri. (2010) Majalah Solusi. Di Sebalik iqra’. Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Muhammad Salih Samak.(1983) Ilmu Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Mohd. Nor Wan Daud (1997) .Penjelasan Budaya Ilmu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Zambri Abi Kadir. (1980) Pematangan Islam Gerakan Ilmu. Kuala Lumpur: Berita Islam.


2 comments: